Penderaan Seksual Kanak-Kanak

463321071Penderaan seksual kanak-kanak berlaku apabila seorang kanak-kanak dieksploitasi untuk kepuasan seksual orang dewasa. Jika hubungan seks berlaku di antara ahli keluarga dipanggil sumbang mahram, termasuklah bapa, datuk dan nenek, bapa dan ibu saudara, abang dan kakak saudara, anak angkat dan hubungan tiri, anak sah atau tidak serta saudara-mara. Penderaan seksual kanak-kanak tidak seharusnya keliru dengan belaian mesra yang menunjukkan kasih sayang di antara orang dewasa dengan seorang kanak-kanak. Orang dewasa yang bertanggungjawab untuk menghadkan belaian dan sentuhannya dengan kanak-kanak, selain itu menghormati kanak-kanak dan mengekalkan satu hubungan yang mesra dan sihat.

Pelaku Kanak-kanak Penderaan Seksual

Pada tahun 2012, Statistik Polis Diraja Malaysia merekodkan lebih 5,000 kes penderaan seksual di mana 65% daripada mangsa adalah kanak-kanak, iaitu di bawah umur 18 tahun. Kebanyakan penderaan biasanya adalah orang yang dikenali oleh kanak-kanak iaitu bapa, bapa tiri, saudara mara, datuk, nenek, guru tuisyen, dan jiran-jiran. Pelaku penderaan seksual kanak-kanak mungkin kelihatan normal kepada mereka yang mengenalinya.

JENIS PENDERAAN SEKSUAL

Fizikal
  • Meraba pada bahagian sulit kanak-kanak.
  • Memaksa kanak-kanak untuk meraba bahagian sulit pelaku.
  • Kemasukan objek, jari, atau zakar pelaku ke dalam faraj, mulut atau dubur.
  • Mengeksploitasi kanak-kanak melalui pelacuran dan /atau pornografi kanak-kanak.
Bukan Fizikal
  • Rangsangan perkataan.
  • Panggilan telefon lucah
  • Mendedahkan anggota bahagian sulit kepada kanak-kanak
  • Mengintai
  • Menunjukkan bahan pornografi kepada kanak-kanak
  • Mengeksploitasikan kanak-kanak untuk menghasilkan pornografi kanak-kanak

APAKAH KESANNYA KEPADA KANAK-KANAK?

Kanak-kanak yang didera secara seksual akan berasa kehidupan mereka berbeza dengan kanak-kanak lain. Kanak-kanak tersebut mungkin mengalami emosi yang berbeza seperti:

 Takut
  • Pada pelaku
  • Melakukan salah
  • Kehilangan orang dewasa yang rapat dengan mangsa
  • Keluar dari rumah
  • Berbeza dengan orang lain
Marah

girl-in-corner

  • Pada pelaku
  • Kepada orang dewasa lain yang tidak memberi perlindungan
  • Pada diri sendiri (berfikir mereka yang menyebabkan masalah ini)
Keliru
  • Mereka masih suka pada pelaku
  • Emosi mereka sentiasa berubah
Sedih
  • Sesuatu telah diambil daripada mereka
  • Mengurung diri dalam bilik
  • Matang terlalu awal
  • Dibelot oleh seseorang yang percaya
Bersalah
  • Mereka tidak dapat menghentikan  kesalahan ini
  • Percaya bahawa mereka yang “membenar” kesalahan ini
  • Merahsiakan kesalahan ini
Malu
  • Kerana telah mengalami penderaan ini
  • Dengan tindak balas badan mereka setelah penderaan berlaku
Memencilkan diri
  • Sebab merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada diri mereka
  • Terpaksa mengahdapi masalah ini secara seorang diri
  • Sukar menceritakan tentang penderaan yang telah dialami

TANDA DAN GEJALA PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK

Penderaan seksual kanak-kanak sukar dikenalpasti kecuali budak itu memberitahu pada anda. Kadang kala, perkataan atau perbuatan kanak-kanak dapat menunjukkan penderaan seksual. Mangsa yang menghadapi penderaan seksual mungkin akan menunjukkan tanda-tanda dan gejala-gejala yang berikut:

Fizikal
  • Bahagian sulit atau dubur menjadi merah/gatal
  • Sakit atau terdapat luka pada bahagian sulit/dubur
  • Sakit semasa membuang air kecil
  • Lelehan faraj dan zakar
  • Sakit di bahagian perut
  • Penyakit kelamin
  • Mengandung
Kelakuan
  • Suka berpaut
  • Mangasingkan diri/menghisap jejari
  • Terbuang air kecil (kencing) di tempat tidur pada usia yang tidak sesuai
  • Ponteng sekolah
  • Pretasi yang kurang di sekolah
  • Malarikan diri dari rumah
  • Penyalahgunaan alkohol dan dadah
  • Cubaan membunuh diri
  • Melancap yang kerap
  • Tingkah laku yang menggoda
  • Pengetahuan dan aktiviti seksual yang tidak sesuai pada usia kanak-kanak tersebut
 Psikologi
16_6_2007sadteddy
  • Sakit kepala
  • Sakit perut
  • Sakit dada
  • Keletihan
  • Tidak boleh tidur malam
  • Pitam
  • Sering menangis
  • Histeria
  • Takutan yang tidak menentu
  • Hilang selera makan
  • Kurang tumpuan
  • Kurang keyakinan

BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU KANAK-KANAK YANG DIDERA SEKSUAL

Terdapat langkah-langkah yang boleh dilakukan apabila berkomunikasi dengan kanak-kanak yang mendedahkan tentang penderaan seksual.

  • Bercakap dengan kanak-kanak di dalam tempat yang lebih selesa
  • Tenang dan berkeyakinan. Jangan panik atau menunjukkan anda terkejut
  • Mententeramkan kanak-kanak tersebut bukan menyalahkannya dan memuji kerana tidak merahsiakan
  • Menunjukkan kepercayaan pada kanak-kanak itu
  • Memberi sokongan, mententeramkan, mendengar dan memberi sokongan yang positif
  • Memberi perlindungan kecemasan kepada kanak-kanak untuk keselamatannya
  • Menyakinkan kanak-kanak dia telah selamat dan akan dilindungi daripada pelaku.
  • Jangan berurusan dengan pelaku
  • Jangan mengganti peranan ibu bapa dalam proses campur tangan
  • Melapor kepada pihak berkenaan

Bersambung…

Klik untuk risalah & posterbuku-buku yang berkaitan dengan penderaan seksual kanak-kanak.
Klik untuk keratan akhbar WCC yang berkaitan dengan penderaan seksual kanak-kanak.