Rogol

Apa yang boleh saya buat?women

Jika anda dirogol, terdapat beberapa tindakan yang boleh diambil:

  1. Jangan bersihkan diri atau tukar baju, walaupun anda ingin berbuat sedemikian. Ini akan memusnahkan bukti-bukti seperti air mani, darah, lumpur, sisa-sisa, air liur dan rambut.
  2. Sokongan dari seorang kawan. Adalah traumatik untuk mengimbas kembali secara terperinci kejadian rogol itu kepada doktor dan polis. Minta pertolongan dari seorang kawan atau ahli keluarga yang dapat memberi sokongan untuk menemani anda ke hospital dan balai polis, serta menghubungi satu badan bukan kerajaan (NGO) wanita atau perkhidmatan kaunseling.
  3. Pergi ke hospital kerajaan iaitu di Jabatan Kecemasan dn Trauma dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan. Anda akan menerima pemeriksaan daripada dalam sebuah bilik peribadi di One Stop Crisis Centre (OSCC) untuk mengumpulkan bukti-bukti dirogol. Anda akan menerima satu borang bagi mendapat kebenaran anda untuk membuat pemeriksa, infomasi ini akan digunakan oleh polis dalam siasatan. Doktor akan memeriksa anda, bahagian kemaluan dan pakaian anda. Walaupun, anda mungkin akan berasa tidak selesa, tetapi pemeriksaan ini sangat penting untuk mengumpul bukti dan untuk kesihatan anda. Anda boleh membuat laporan polis di pondok polis di hospital.
  4. Membuat laporan polis segera. Anda boleh membuat laporan di balai polis. Jika anda pergi ke balai polis terlebih dahulu, seorang polis wanita akan menemani anda ke hospital. Anda juga boleh  membuat laporan polis selepas itu, tetapi rogol akan dipandang sebagai “kes sejuk” selepas 72 jam kerana bukti-bukti mungkin telah dihapuskan.
  5. Berbincang dengan orang lain. Ini adalah sangat penting untuk berbincang dengan orang yang boleh dipercayai atau berhubung dengan NGO seperti WCC untuk perkhidmatan kaunseling, walaupun anda tiada membuat laporan polis. Berbincang boleh membantu anda untuk mengendalikan dengan perasaan yang biasa dihadapi selepas dirogol seperti takut, bimbang, dan tidak berguna. Perkhidmatan WCC adalah percuma dan rahsia.

Rogol bukan salah anda! Orang yang patut dislahkan adalah perogol. Dengan melaporkan kes rogol, anda boleh menghentikan perogol untuk mencederakan wanita-wanita lain.

Bagaimana saya membantu mangsa rogol?

Mangsa rogol telah mengalami pelbagai perasaan selepas pengalaman yang pahit dan memerlukan masa dan sokongan. Dia mungkin bertindak dengan tenang, tarik balik dan histerikal sementara dia juga akan bertindak dengan ketawa, marah, sikap acuh-tak-acuh atau terkejut. Setiap mangsa mengendalikan trauma dengan cara yang berbeza. Yang paling ditakui oleh mangsa adalah tiada sesiapa yang percayainy. Ini adalah faktor mangsa lambat membuat laporan polis.

Apa yang paling penting adalah mangsa dapat berasa anda salah seorang yang dapat memberi sokongan dan boleh dipercayai. Mempercayai kebenaran apa yang telah berlaku dengan menyokong dan membantu mangsa berasa situasi dia sedang difahami. Apabila dirogol, mangsa mungkin akan berasa lemah. Jadikan dia mudah terjejas dan akan merendahkan diri.

Perlu menyakinkan mangsa bahawa dia sudah mencuba menangani serangan tersebut dengan sedaya upaya dan sekarang mangsa selamat kerana selepas dirogol mangsa merasakan diri mereka tidak mempunyai kuasa. Memberi mangsa pilihan seperti infomasi prosedur penyiasatan polis, prosedur perubatan, dan perkhidmatan kaunseling, anda boleh tolong mangsa berasa dia sedang menguasai situasi. Namun mangsa tidak semestinya terima dan menggunakan semua infomasi yang diberi. Memberi maklumat  selepas mangsa telah bersedia untuk membuat keputusan. Mangsa tidak sepatut dipaksa untuk membuat keputusan sebelum bersedia dan ini tidak akan membantu mangsa untuk menguasai kehidupan semula. Jika rakan anda dirogol, terdapat beberapa tindakan boleh dibuat:VIP.ht7_0

  • Dengar luahan mangsa.
  • Percaya mangsa. Ini adalah penting untuk mangsa bahawa orang percaya pada dia. Hanya segelintir sahaja yang berbohong dirogol.
  • Berterima kasih kerana memberitahu. Memberitahu mangsa anda memahami kesukaran untuk berbincang tentang apa yang berlaku.
  • Memberi sokongan dan memberitahu mangsa ini bukan salah dia. Mangsa tidak membuat apa-apa untuk dirogol, dan tiada sesiapa patut dirogol. Orang yang patut disalahkan adalah perogol.
  • Memberi keyakinan pada mangsa dan menunjukkan hormat kerana tunjukkan kekuatan sebagai seorang mangsa.
  • Menghormati keputusan mangsa dan membenarkan mangsa membuat keputusan terakhir.
  • Menyokong mangsa untuk membuat laporan polis dan berhubung dengan NGO wanita seperti WCC supaya berbincang dengan kaunselor atau Befrienders Pulau Pinang. Tindakan setiap wanita lepas didera adalah berbeza. Oleh sebab kesan yang berkuasa, emosi seperti malu, menyalahkan diri, takut, dan cedera, penderaan dan kesannya perlu difahami sebelum pemulihan boleh dijalankan. Berbincang dengan kaunselor yang berpengalaman dalam persatuan wanita akan membantu. Mangsa tidak perlu menderita seorang diri.

Bagaimana kita hentikan rogol?

Keganasan membawa maksud dominan, menguasai dan mengawal. Dalam kalangan masyarakat di mana lelaki dilihatkan sebagai  pihak yang memainkan peranan dominasi terhadap wanita, keganasan terhadap wanita oleh lelaki termasuk rogol, keganasan keluarga dan sebagainya.  Sekiranya terdapat persepsi ketidakadilan sesama lelaki dan wanita dalam masyarakat, keganasan terhadap wanita akan terus kekal. Untuk menangani keganasan terhadap wanita, aktiviti-aktiviti tersebut boleh dijalankan:DSC_3302 (600x384)

  • Mengadakan kempen literasi undang-undang supaya golongan wanita mengetahui hak mereka.
  • Mengadakan kempen mengubah sifat terhadap wanita dan mangsa keganasan.
  • Memberi respek terhadap golongan wanita. Contoh: Tidak membuat lawak seks terhadap wanita serta bersabar ketika mendengarnya.
  • Mengadakan kempen-kempen pengubahan sikap dalam kalangan polis, hospital dan aktiviti mengenai prosedur undang-undang untuk mangsa.
  • Mengadakan kempen-kempen kesedaran mengenai isu-isu gender dan kesaksamaan. Kempen mengubal undang-undang dan polisi yang mempunyai unsur diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak perlu diadakan.
  • Memberikan pendidikan kepada orang di sekeliling anda supaya “ persepsi rogol” yang salah dapat dihapuskan. Bukannya salah mangsa apabila dirogol. Lelaki harus mengetahui bahawa sikap ganas mereka tidak boleh diterima.
  • Menyokong aktiviti dan program WCC dan kegiatan organisasi wanita yang lain seperti kempen untuk menghentikan keganasan terhadap wanita.

Soalan- soalan yang selalu ditanyakan (FAQ)

Apakan perbezaan antara rogol dan seks?
Rogol merupakan suatu keganasan di mana perogol menggunakan kekerasan untuk menguasai dan mengancam mangsa. Rogol itu bukan seks. Seks memerlukan persetujuan sesama antara dua pihak.

Apakah itu rogol berkanun?
Mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah umur 16 tahun sama dengan kerelaan atau tanpa kerelaan ia merupakan rogol berkanun.

Mengapakah lelaki merogol?
Satu persepsi yang salah adalah lelaki yang merogol kerana mereka tidak mampu menguasai dan mengawal nafsu mereka.  Sebenarnya, rogol  bukannya berpunca daripada tarikan seks ataupun nafsu,  ia merupakan sesuatu kelakuan untuk menguasai mangsa dan menggunakannya sebagai objek seks.

Mengapakah rogol berbeza dengan jenayah seksual yang lain?
Dari sudut undang-undang, rogol adalah satu perbuatan dimana zakar lelaki dimasukkan ke dalam faraj wanita tanpa kehendakan atau kerelaan wanita tersebut. Kedua-dua lelaki dan wanita boleh diserang secara seksual dalam cara yang berbeza, termasuk persetubuhan di luar tabi’i secara paksa, memasukkan objek ke dalam faraj, mulut atau dubur dan sebagai. Bagi jenayah yang tersebut, penyerang boleh didakwa dari sudut undang-undang sebagai jenayah liwat, mencabul kehormatan ataupun percubaan rogol. Sekiranya anda merupakan mangsa salah satu jeneyah seksual yang disebut, anda boleh membuat laporan polis.

Bolehkan anda hamil ataupun menjangkiti penyakit kelamin setelah dirogol?
Sekiranya rogol berlaku tanpa kondom, terdapat risiko hamil dan menjangkiti penyakit kelamin oleh mangsa.  Pemeriksaan boleh dijalankan di OSCC  hospital kerajaan di mana laporan polis boleh dilakukan serentak di tempat yang sama.

Bolehkan mangsa rogol berkahwin?
Ya, seorang wanita boleh dirogol walaupun berkahwin dan hidup dengan orang yang dikasihi.

Benarkah mangsa harus berkahwin dengan perogol selepas dirogol?
Terdapat tekanan terhadap mangsa apabila berkahwin dengan orang yang merogolnya, hal ini menjadi lebih serius terutamanya mangsa itu hamil. Tiada sesiapapun yang mempunyai hak untuk memaksa mangsa berkahwin dengan perogol. Sekiranya perogol mengahwini  mangsanya, terdapat kemungkinan yang tinggi mangsa akan didera selepas perkahwinannya.

Mitos VS Realiti

Terdapatnya salah faham dalam kalangan komuniti tentang rogol. “Mitos” berkenaan rogol telah memperlekehkan kegentingan masalah ini, dan memberi pemahaman sekuriti yang salah serta menggalakkan sikap menyalahkan mangsa tetapi memberi alasan kepada perogol.

Salah faham tentang rogol telah membolehkan perogol dibebaskan daripada jenayah dan pada masa yang sama mengurangkan keberanian mangsa untuk membuat laporan polis ataupun mencari bantuan.
Kita perlu menghapuskan mitos-mitos tersebut supaya mangsa diberi bantuan yang sepatutnya semasa dia mencari bantuan.

cross-e1380012095210Mitos: Hanya wanita yang muda dan cantik akan diserang secara seksual.
tick-e1380012059928Realiti: Umur mangsa perogol  berada dalam lingkungan dari kanak-kanak sehingga orang tua. Rupa seseorang jarang dipertimbangkan. Perogol sentiasa menyerang mangsa yang kelihatan lemah dan mudah diserang. Peluang merupakan unsur penting bagi perogol melakukan jenayah.

cross-e1380012095210Mitos: Gadis yang berpakaian seksi atau sentiasa bergaul dengan lelaki akan menyebabkan rogol berlaku.
tick-e1380012059928Realiti: Seorang perogol akan memilih mangsanya melalui kelemahan dan peluang mendekati mangsa, tanpa mengambil kira rupa fizikal ataupun tingkah laku. Hanya seorang sahaja yang perlu dipersalahkan adalah perogol. Rogol tidak berkaitan dengan cara pakaian dan gelagat seseorang wanita. Hal ini kerana terdapat juga kanak-kanak, wanita tua dan muda dirogol walaupun mereka memakai tudung. Ini merupakan mitos yang akan memberi alasan kepada perogol untuk membebaskan diri daripada tuduhan kalangan masyarakat dan menyalahkan mangsa pula. Mangsa tidak harus menyalahkan diri ataupun dituduh mengoda orang lain dengan pemakaian ataupun kelakuannya. Tiada orang, tidak kira apa yang dia lakukan “layak” dirogol.

cross-e1380012095210Mitos: Rogol merupakan akibat tidak tahan nafsu. Kebanyakan peristiwa rogol diakibatkan oleh tidak dapat mengawal nafsu seseorang lelaki.
tick-e1380012059928Realiti: Kebanyakan kes rogol yang berlaku adalah angkara yang dirancangkan. Rogol tidak berkaitan dengan daya nafsu seseorang.  Rogol merupakan kelakuan ganas yang dirancangkan dan bukanlah aksi spontan yang diakibatkan oleh keghairahan. Seorang lelaki tidak dapat mengawal impuls seksualnya. Kebanyakan daripada perogol-perogol didorong oleh kuasa, kemarahan, kawalan dan bukannya  kepuasan seks.

cross-e1380012095210Mitos: Perempuan sentiasanya berbohong tentang pasal rogol.
tick-e1380012059928Realiti: Kajian penyelidikan telah menunjuk bahawa laporan palsu tentang kes rogol hanya dalam kadar 2-3% sahaja, tidak terdapat banyak perbezaan dengan kes yang lain. Hal ini sangat penting kerana, kajian yang dijalankan di seluruh dunia juga menunjukkan bahawa hanya terdapat 1 daripada 10 kes rogol yang dilaporkan dan hanya 1 daripada 10 kes yang dilaporkan akan dibawa ke mahkamah.

cross-e1380012095210Mitos: Kebanyakan wanita dirogol oleh orang yang tidak dikenali.
tick-e1380012059928Realiti: Statistik daripada pihak polis telah menunjukkan hanya terdapat kadar yang rendah bahawa kes rogol dilakukan oleh orang yang tidak dikenali. Dugaan telah dikemukakan bahawa terdapat 80% kes rogol yang mangsa mengenali perogol tersebut. Dalam kes-kes ini, perogol merupakan teman, rakan ataupun ahli keluarga mangsa. Perogol berkemungkinan sesiapa kepada mangsa yang dikenali.

cross-e1380012095210Mitos: Kes rogol berlaku di tempat yang gelap, tiada orang ataupun tempat yang bahaya.
tick-e1380012059928Realiti: Menurut statistik, terdapat 69% kes rogol berlaku di rumah ataupun bangunan. Walaupun begitu, wanita tetap harus berhati-hati pada waktu malam, di jalan yang sunyi ataupun di daerah yang gelap. Tetapi, penting juga untuk wanita supaya mengetahui risiko dirogol di tempat biasa.

cross-e1380012095210Mitos: Suami tidak akan merogol isterinya.
tick-e1380012059928Realiti: Sekiranya seseorang wanita dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seseorang, tidak kira orang itu merupakan suami ataupun kekasihnya, itu adalah rogol. Dalam sesetengah negara terdapatnya undang-undang terhadap rogol di dalam perkahwinan. Terdapat ramai wanita yang didera secara seksual adalah sejenis keganasan rumahtanga  sepanjang perkahwinannya. Di Malaysia, terdapat undang-undang terhadap suami yang mendera isterinya secara seksual.

cross-e1380012095210Mitos: Seorang wanita dapat mengelakkan kes rogol sekiranya dia mahu.
tick-e1380012059928Realiti: Kebanyakan kes rogol melibatkan kuasa paksaan fizikal ataupun ancaman kuasa. Kebanyakan mangsa tidak menentang kerana takut, terkejut ataupun berpandangan sekiranya menentang akan membawa ancaman yang lebih serius. Oleh sebab rogol adalah sejenis jenayah yang akan mengugat nyawa mangsa, mangsa akan mengambil tindakan apa sahaja yang boleh menyelamatkan nyawanya.

cross-e1380012095210Mitos: Mangsa rogol akan menjadi histeria.
tick-e1380012059928Realiti: Mangsa rogol akan mengalami pelbagai reaksi emosi sebagai akibat pengalamannya. Mangsa mungkin menjadi tenang, histeria ataupun mengelakkan diri. Dia juga mungkin akan ketawa secara marah, bersikap tidak mengendah ataupun terkejut. Setiap mangsa akan mengalami kesan emosi yang berbeza.

Klik untuk risalah & poster, buku-buku yang berkaitan dengan rogol.
Klik untuk keratan akhbar WCC yang berkaitan dengan rogol.