Rogol

Rape3Rogol adalah satu jenayah keganasan yang berbentuk seksual terhadap seorang wanita  tanpa kehendak atau kerelaannya. Rogol bukan seks atau jenayah ghairah tetapi adalah sejenis cetusan rasa keganasan, kemarahan, dan kuasa bertujuan untuk menyakitkan dan memalukan mangsa. Rogol adalah satu jenayah yang kejam dan melanggar hak asasi manusia, contohnya, hak atas badan seseorang.

Seseorang yang dirogol tidak sahaja menghadapi trauma dari segi fizikal tetapi juga dari segi emosi. Kejadian ini akan menjadi lagi teruk apabila mangsa dipersalahkan dan diminta bertanggungjawab atas jenayah keganasan ini.

Sikap masyarakat dan persepsi terhadap wanita menyebabkan rogol. Perempuan atau wanita sentiasa dipandang rendah dan dilayan sebagai objek seks sementara lelaki dipandang tinggi dan mempunyai kuasa untuk berkelakuan apa-apa yang dihendaki apabila ada keperluan seks. Jikalau masyarakat berterus dengan fikiran ini, rogol bukan sahaja akan berterus tetapi akan dipandang sebagai perlakuan yang boleh dimaaf atau diterima.

Tiada sesiapa yang sepatut dirogol dan tiada sesiapa pun yang mempunyai hak untuk merogol.

Tiada sesiapa mempunyai hak untuk menyalahgunakan kuasanya untuk melakukan serangan fizikal. Akhirnya, seseorang tidak sepatutnya disalah kerana dirogol.

WCC membekalkan sokongan emosi untuk membantu mangsa mengendali trauma mangsa dari segi fizikal dan psikologi serta sokongan mahkamah apabila kes ini dibawa ke mahkamah.

Setiap orang memainkan peranan penting untuk mendidik ahli keluarga, rakan sekerja, dan orang yang berinteraksi dengan kita bahawa saling hormat-menghormati diperlukan sama ada orang itu adalah lelaki atau perempuan.

Jenis-jenis Rogol

Rogol Berkanun

Hubungan seks dengan gadis di bawah umur enam belas tahun dipanggil sebagai rogol berkanun. Ini bermakna lelaki tersebut boleh dijatuh hukuman jikalau hubungan seks berlaku antara gadis bawah umur dan lelaki tersebut dapat dibuktikan. Seks samada dengan kerelaan atau tanpa kerelaan adalah dianggap rogol dan menjadi satu kesalahan undang-undang. Ini kerana kanak-kanak dan remaja di bawah umur tertentu dianggap tidak cukup matang untuk membuat pertimbangan, undang-undang tidak memberi persetujuan.

Rogol Di Dalam Perkahwinan

Di Malaysia, Kanun Keseksaan tidak memberi pengiktirafan terhadap rogol di dalam perkahwinan. Hubungan seks seorang lelaki dengan isterinya (13 tahun ke atas) bukan rogol walaupun isterinya tidak memberi persetujuan kecuali lelaki ini sudah bercerai atau sedang berpisah dengan isterinya atau terdapat apa-apa injunksi yang menghalang suami berhubungan seks dengan isterinya (Sesyen 375 dalam Kanun Keseksaan). Ini menunjukkan bahawa persetujuan untuk perkahwinan bermakna persetujuan dengan seks tanpa syarat. Ini juga bermakna bahawa suami mempunyai hak atas badan isterinya selepas perkahwinan dan ini tidak dianggap rogol. Suami boleh minta hubungan seks dengan isterinya walaupun isterinya tidak memberi persetujuan. Katakan seseorang wanita yang sudah berkahwin tiada hak atas badan sendiri telah melanggar hak asasi manusia dan maruah dirinya. Menurut kajian telah menunjukkan bahawa trauma akan lebih tinggi apabila dirogol oleh suami berbanding dengan orang asing.

Undang-undang di Malaysia tidak mengiktiraf rogol di dalam perkahwinan. Tetapi, seksyen 375A Kanun Keseksaan telah menetapkan bahawa jikalau suami menyebabkan kecerderaan, mengugut atau mencerderakan isteri dengan tujuan melakukan persetubuhan, maka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Sumbang Mahram

Mahram adalah sejenis penderaan seksual kanak-kanak; penyerang dan mengkhianati kepercayaan mangsa. Seorang dewasa yang melakukan sumbang mahram adalah satu jenayah walaupun diberi kebenaran atau kerelaan mangsa. Perlindungan akan dibekalkan kepada mangsa supaya tidak dihukum bersama penyerang, kecuali mangsa yang memberi persetujuan. Sesyen 376A dan 376B hanya merujuk kepada hubungan seks dan tidak termasuk penderaan seksual yang akan membawa trauma kepada mangsa dengan bentuk lain.

Had umur bagi sumbang mahram terdapat beberapa batasan. Pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan penggunaan jantina sebagai alasan untuk diskriminasi, budak lelaki dan perempuan yang berbeza umur mungkin dikecualikan daripada perlembagaan. Tambahan pula, di bawah Akta Kanak-kanak 2000, kanak-kanak diiktiraf sebagai individu yang berumur 18 ke bawah.

Kesan Rogol

Sifat ganas rogol dapat dibukti dengan mangsa menghadapi trauma dalam fizikal dan mental. Trauma biasa dijadikan oleh reaksi yang tidak sesuai kerana mitos tentang rogol. Gejala-gejala trauma pada mangsa-mangsa rogol dapat diertikan di dalam dua fasa:

  1. Kesan jangka awal selepas diperkosa
  2. Kesan jangka panjang selepas serangan
Kesan Jangka Pendek
 Fizikal
  • Kecederaan pada kawasan faraj dan dubur
  • Calar dan luka
  • Keletihan dan gangguan tidur
  • Loya
  • Sakit kepala tegang
  • Sakit perut
 Emosi

Newswala-i-Ut-TKR_Engineering_college_Rape_victim_All_Hyderabab_demand_justice

  • Akibat tekanan takut
  • Takut kecederaan fizikal, kecacatan atau kematian
  • Berasa penghinaan dan kesalahan
  • Berasa malu
  • Menyalahkan diri-sendiri, marah, tidak berdaya
Kesan Jangka Panjang
 Psikologi
  • Kesan imbas kembali
  • Kemurungan dan kebimbangan
  • Membunuh diri
  • Mimpi ngeri

Mengapakah rogol berlaku?

Rogol dengan kuasa untuk menguasai dan menunjukkan kuasa pada orang lain. Rogol dilakukan oleh orang yang tidak dikenali dan boleh dikenali. Jenis perogol ini diertikan sebagai perogol eksploitatif, ini bermakna penyerang adalah bertujuan untuk memaksa mangsa mengadakan hubungan seks dengan mereka. Rogol jenis ini menunjukkan kekuatan, kawalan, autoriti dan kuasa untuk menggantikan perasaan yang ketidakselamatan dan kekurangan.

Bagi perogol dengan berkuasa, rogol adalah sejenis penaklukan untuk menunjukkan kelelakian. Perogol dengan kuasa kurang menggunakan keganasan kerana tujuan dia bukan menyebabkan kecederaan fizikal tetapi miliki wanita itu melalui seks. Kadang kala, rogol jenis ini juga terdapat gabungan marah dan kuasa.

Perogol dengan kuasa biasanya akan menafikan bahawa mereka memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks. Perogol ini berkata mangsa telah memberi kebenaran, berhasrat untuk seks dan menikmati dalam seks. Dengan ini, perogol cuba sahkan kebolehan seksual dan mereka mempercayai hal ini.

Tempoh rogol kuasa agak lama dan mangsa mungkin akan diadakan dalam tempoh masa yang panjang serta tertakluk kepada serangan berulang. Akhirnya, mangsa mungkin manifestasikan sangat sedikit kecederaan fizikal. Ini akan mengakibatkan kesangsian atau ketidakpercayaan orang lain.

Marah

Perogol memendam perasaan marah dan tidak dapat memotivasi diri sehingga ia meletup dan akhirnya mengakibatkan rogol. Ini adalah hasil yang dijadikan oleh permusuhan terpendam kerana pengaruh luar yang berlaku kini. Perasaan marah akan dihapuskan sementara melalui rogol. Seks dijadikan satu senjata. Perogol dengan marah biasanya lebih menggunakan keganasan.

Perogol memaksa mangsa untuk melakukan perbuatan yang menjatuhkan maruah, contohnya oral dan dubur seks sebagai satu bentuk untuk menghina dan memalukan mangsa. Tujuan perogol marah bukan untuk seks tetapi menghina dan menyakitkan mangsanya dengan pencerobohan peribadi. Oleh sebab rogol jenis ini termasuk keganasan, jadi ia mengambil tempoh yang pendek. Kemarahan akan dibina sekali lagi sebelum perogol meletup.

Sadis

 Merogol mangsa secara sadis, mendera secara seksual dan melakukan penderaan secara erotik. Melihat mangsa didalam keadaan terseksa dan cerdera akan memberi keserononakan kepada perogol. Perogol akan mengikat mangsa seperti hamba dan menyeksa mangsa kerana perogol percaya ia adalah satu ritual. Bertentangan dengan jangkaan, perogol sebenarnya tiada masalah psikotik dan perogol dapat mengawal nafsu tersebut.

Bersambung….

Klik untuk risalah & posterbuku-buku yang berkaitan dengan rogol.
Klik untuk keratan akhbar WCC yang berkaitan dengan rogol.