About

WCC History

In 1982, a group of concerned individuals realised that women in Penang and the northern region who suffered domestic violence did not have a place to go for help. Violence against women, women’s rights and discriminatory laws against women received scant attention in the media and the public were unaware of such problems.

Women’s Crisis Centre (Pusat Krisis Wanita) was registered as a society on 1 July 1985 with a pro-tem committee of seven. At our first meeting, we had the support of 70 people who came to elect our first General Committee at the Women’s Institute in September 1985.

Our first WCC committee consisted of women from all walks of life – lawyers, clerks, teachers, lecturers, and homemakers. (Find out about our current WCC General Committee.)

We didn’t have much money or even much space but we made up for it with lots of energy and commitment!

We started with a phone line that women experiencing crisis could call in. When the numbers of cases increased, we began to offer face-to-face counselling.

The First Decade (1986-1995)

In the early days, we did not have funds to provide a dedicated shelter for abused women in emergencies so sympathetic friends and supporters opened up their homes and spare rooms to us. We knew we needed a safe house for our abused women and decided that one of the first things we had to do was to raise funds to get a proper safe house.

With the help of dedicated supporters and friends, we raised enough funds to buy a small house in 1989. Our refuge opened its doors on 1 June 1990 and within a year, our tiny house became a much-needed sanctuary for 17 women, some with children.

Even our first WCC office was just a cramped room which we rented from the local municipality. We were doing our work from 57, Jalan Macalister and some eight years later, in July 1993, we moved into a double-storey terraced house at 24-D, Jalan Jones.

Like all organisations, we suffered some strains and stresses in the mid-90s due to our expansion and differences from personal and ideological orientations. But what’s important is that we bounced back as we stood firm by our multi-ethnicity and diversity characteristics – strengths that we continue to nurture and demonstrate until today.

As we continued to improve the lives of women in our community and reached out to other NGOs and government agencies, we began to undertake research work besides the counselling and community awareness talks and activities that we were already doing.

The Second Decade (1996-2005)

One of the milestones of this decade was our work with the One Stop Crisis Centre (OSCC) established within the Penang General Hospital when the Domestic Violence Act was enforced from 1996 onwards. We worked closely with OSCC ensuring the domestic violence and sexual abuse victims had immediate access to medical and police services. We also began to train healthcare professionals, welfare staff and the police so that they could understand the issue better and have greater sensitivity when dealing with the already traumatised victims.

Again, we knew that we needed to reach out to the community so we started to extend our Bijak Itu Selamat programmes to primary schools and Respek to secondary schools. When legal reform affecting women and children in Malaysia became a priority, we at WCC led the campaign, lobbying for a sexual harassment law together with a group of other women NGOs in a collective called Joint Action Group for Gender Equality (JAG).

In 2002, WCC took a significant step to change our name to Women’s Centre for Change to better reflect our organisation’s wider focus on women’s empowerment and change through education and advocacy. Services for women in crisis remain the core of our work but we were also drawn into creating other solutions to address social justice and gender equality concerns happening in the post-2000 world.

In 2008, WCC began support for rape victims who came through the OSCC. In the same year, WCC was given the task of managing the Pusat Perkhidmatan Wanita in Seberang Perai in a joint partnership with the Penang State Government, MMK Women, Family and Community Development.

In 2012, we moved to our three storey building at 241, Jalan Burma, a building that we purchased through our huge fundraising efforts.

Today & Beyond

We have a team of 16 staff and some 30-50 regular volunteers from different ethnic, social and professional backgrounds who work closely in all areas of outreach, services, publications and advocacy.

WCC is recognised nationwide as a reputable women’s organisation. Our goals of eliminating violence against women and children and the promotion of gender equality remain the cornerstone of our work.

Our work has expanded over the decades. Apart from counselling and shelter services, we conduct outreach programmes in schools, colleges and community groups and provide sexual assault victim support.

Together with Joint Action Group for Gender Equality (JAG), we actively lobby the government for better enforcement of the law and better support for victims of sexual assault. And we actively engage with the media to continue spreading awareness on gender equality.

Joint Action Group for Gender Equality (JAG) Members

All Women’s Action Society (AWAM)
85, Jalan 21/1, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7877 4221
Fax: 03-7874 3312
Email: awam@awam.org.my
Website: www.awam.org.my

Association of Women Lawyers
Email: associationofwomenlawyers@gmail.com
Website: www.awlmalaysia.org

Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
No.13, Lorong 4/48e, 46050 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7784 4977
Fax: 03-7784 4978
Email: info@empowermalaysia.org
Website: empowermalaysia.org

Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
No. 11A, Jalan Restu 1, Taman Restu, 43000 Kajang, Selangor.
Tel: 03-8737 8380
Email: sahabatwanita@gmail.com
Website: persatuansahabatwanita.org

Perak Women for Women (PWW)
15, Market Street, 30000 Ipoh, Perak.
Tel: 05-246 9715
Email: perakwomenforwomen@gmail.com
Website: ngo.pww.org.my

Sarawak Women for Women Society (SWWS)
Lot 1610 Tingkat 2, Jln Rock Kuching, 93712 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-416 053
Email: sarswws@gmail.com

Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO)
Lot 23-3, BLK C Damai Point, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-262 921
Email: sawo.women@yahoo.com
Website: en.sawo.org.my

Sisters in Islam (SIS)
No. 4 Lorong 11/8E 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7960 3357 / 5121 / 6733
Fax: 03-7960 8737
Email: sis@sistersinislam.org.my
Website: sistersinislam.org

Tenaganita
12, Jalan 6/11, 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7770 3671 / 3691
Hotline: 012-335 0512 / 012-339 5350
Email: general@tenaganita.net
Website: tenaganita.net

Women’s Aid Organisation (WAO)
P.O.Box 493, Jalan Sultan 46760 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7957 5636 / 0636 (general enquiries)
Hotline: 03-7956 3488
SMS/WhatsApp TINA: 018-988 8058
Email: info@wao.org.my
Website: wao.org.my

Women’s Centre for Change (WCC)
Tel: 04-228 0342
Email: wcc@wccpenang.org
Website: wccpenang.org

Justice for Sisters
Email: justiceforsisters@gmail.com
Website: justiceforsisters.wordpress.com

Foreign Spouses Support Group (FSSG)
Email: foreignspouses@gmail.com
Website: foreign-spouses.simplesite.com

Versi Bahasa Malaysia

Sejarah Kami: Bagaimana WCC bermula

Pada tahun 1982, sekumpulan individu yang prihatin mencetuskan idea untuk memulakan pusat wanita yang berdepan dengan krisis. Mereka menyedari bahawa wanita di Pulau Pinang dan wilayah utara yang mengalami keganasan rumah tangga tidak mempunyai tempat untuk mendapatkan pertolongan. Keganasan terhadap wanita, hak-hak wanita dan diskriminasi undang-undang terhadap wanita mendapat perhatian yang sangat terbatas di media dan orang ramai tidak menyedari masalah ini.

Satu jawatankuasa sementara tujuh anggota telah dipilih, yang merangka perlembagaan Pusat Krisis Wanita (Women’s Crisis Centre) dan mendaftarkan WCC sebagai sebuah pertubuhan pada 1 Julai 1985. WCC mengadakan pertemuan sulung dengan kira-kira 70 orang yang hadir untuk memilih Jawatankuasa WCC yang pertama di Institut Wanita pada September 1985. Jawatankuasa WCC pertama terdiri daripada wanita dari semua lapisan masyarakat termasuk peguam, kerani, guru, pensyarah, dan suri rumah.

WCC tidak mempunyai banyak wang atau ruang tetapi kami menggantikannya dengan mencurahkan banyak tenaga dan komitmen! Kami bermula dengan talian telefon untuk wanita mengalami krisis boleh hubungi. Apabila bilangan kes meningkat, kami mula menawarkan kaunseling bersemuka.

Dekad Pertama (1986-1995)

Pada peringkat awal, kami tidak mempunyai dana untuk menyediakan tempat perlindungan khas bagi wanita yang didera dalam keadaan kecemasan sehingga rakan-rakan dan penyokong yang bersimpati menawarkan rumah dan bilik kosong kepada kami. WCC memerlukan sebuah rumah perlindungan (safe house) untuk wanita yang didera dan memutuskan salah satu perkara pertama yang perlu kami lakukan ialah mengumpul dana untuk mendapatkan rumah perlindungan. Dengan bantuan penyokong dan rakan-rakan yang berdedikasi, kami berjaya mengumpulkan dana yang mencukupi untuk membeli sebuah rumah kecil pada tahun 1989. Rumah perlindungan kami dibuka pada 1 Jun 1990 dan dalam setahun, rumah kecil kami menjadi tempat perlindungan yang sangat diperlukan untuk 17 wanita, yang sebahagiannya dengan anak-anak kecil.

Malah pejabat WCC yang pertama hanyalah bilik sempit yang disewa dari majlis perbandaran. WCC beroperasi dari No. 57, Jalan Macalister dan kira-kira lapan tahun kemudian, pada Julai 1993, kami berpindah ke sebuah rumah dua tingkat di No. 24-D, Jalan Jones. Sama seperti semua organisasi, WCC mengalami beberapa ketegangan dan tekanan pada pertengahan 1990-an disebabkan oleh perkembangan dan perbezaan pendapat dan ideologi antara ahli. Tetapi apa yang penting ialah WCC bangkit kembali atas kekuatan kepelbagaian etnik dan kerencaman kami – kekuatan yang kami kekal dan serlahkan sehingga hari ini.

Dalam usaha berterusan meningkatkan kehidupan wanita dalam komuniti dan mengembeleng NGO dan agensi kerajaan yang lain, kami mula menjalankan kerja penyelidikan di samping kaunseling dan ceramah kesedaran komuniti serta aktiviti lain yang sedia kami lakukan.

Dekad Kedua (1996-2005)

Salah satu daripada tonggak utama dekad ini adalah kerja kami dengan Pusat Krisis Bersepadu (OSCC, One Stop Crisis Center) yang ditubuhkan di Hospital Besar Pulau Pinang apabila Akta Keganasan Rumah Tangga dikuatkuasakan mulai 1996. Kami bekerjasama rapat dengan OSCC bagi memastikan keganasan rumah tangga dan mangsa penderaan seksual mempunyai akses segera kepada perkhidmatan perubatan dan polis. Kami juga mula melatih kumpulan perubatan profesional, kakitangan kebajikan dan polis supaya mereka dapat memahami isu ini dengan lebih baik dan mempunyai sensitiviti yang lebih besar ketika berurusan dengan mangsa yang trauma.

Sekali lagi, WCC sedar bahawa kami perlu menjangkau komuniti maka kami mula memperluaskan program ‘Bijak Itu Selamat’ ke sekolah rendah dan program ‘Respek’ ke sekolah menengah.

Apabila pembaharuan undang-undang yang memberi kesan kepada wanita dan kanak-kanak di Malaysia menjadi keutamaan, kami di WCC mengetuai kempen itu, melobi untuk undang-undang anti-gangguan seksual bersama kumpulan NGO wanita lain dalam gabungan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Kesaksamaan Gender (JAG, Joint Action Group for Gender Equality).

Pada tahun 2002, WCC mengambil langkah penting untuk menukar nama kepada Pusat Kesedaran Wanita (Women’s Centre for Change) untuk lebih mencerminkan fokus organisasi kami yang lebih meluas terhadap pemberdayaan wanita dan perubahan melalui pendidikan dan advokasi. Perkhidmatan bagi wanita dalam krisis tetap menjadi teras kerja kami tetapi WCC juga mengusahakan penyelesaian lain untuk menangani keadilan sosial dan isu kesamaan gender yang berlaku di dunia pasca 2000.

Pada tahun 2008, WCC mula memberi bantuan kepada mangsa rogol melalui OSCC. Pada tahun yang sama, WCC diberi tugas untuk menubuhkan Pusat Perkhidmatan Wanita di Seberang Perai dalam perkongsian bersama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, MMK Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti.

Pada tahun 2012, WCC berpindah ke bangunan tiga tingkat di No.241, Jalan Burma, sebuah bangunan yang kami beli melalui usaha pengumpulan dana yang kami dijalankan secara besar-besaran.

Pasukan WCC kini terdiri daripada 14-16 kakitangan dengan 30-50 sukarelawan tetap dari pelbagai latar belakang etnik, sosial dan profesional yang bekerja rapat dalam semua bidang; seranta, perkhidmatan, penerbitan dan advokasi.

WCC diiktiraf di seluruh negara sebagai organisasi wanita yang bereputasi. Matlamat kami untuk menghapuskan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak dan mempromosi kesaksamaan gender tetap menjadi teras usaha kami. Usaha WCC telah berkembang sejak beberapa dekad lalu. Selain daripada kaunseling dan perkhidmatan perlindungan, kami menjalankan program seranta di sekolah, kolej dan kumpulan komuniti serta memberi sokongan terhadap mangsa serangan seksual. Bersama JAG, kami secara aktif melobi kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang dan memberi dukungan yang lebih baik terhadap mangsa serangan seksual. Dan kami secara aktif terlibat dengan media untuk terus menyebarkan kesedaran tentang kesaksamaan gender.

Kumpulan Tindakan Bersama untuk Kesaksamaan Gender (JAG)

Kami adalah sebahagian daripada JAG, kolektif 13 organisasi hak wanita yang kerja-kerjanya melibatkan wanita di seluruh Malaysia. Usaha reformasi undang-undang kami dalam kempen JAG sebagai sebahagian daripada gerakan wanita yang lebih besar.

Antara kempen utama termasuklah kempen untuk melobi Akta Keganasan Rumah Tangga (DVA) pada tahun 1994 dan menyertakan “gender” di bawah Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2001 bagi memastikan perlindungan kesaksamaan gender sebagai hak asas. Walau bagaimanapun, banyak bidang yang mempengaruhi wanita masih memerlukan lobi dan pemantauan, WCC terus berfungsi sebagai sebahagian daripada JAG untuk mendorong pembaharuan undang-undang, penguatkuasaan dan pelaksanaan yang sewajarnya.

Di peringkat antarabangsa, JAG mengambil bahagian secara aktif dalam kajian semula dan pelaksanaan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (CEDAW) dan Kajian berkala Universal (UPR), untuk memastikan komitmen yang dibuat oleh Malaysia di peringkat antarabangsa dipenuhi.

Ahli JAG sebagaimana di bawah:

All Women’s Action Society (AWAM)
85, Jalan 21/1, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7877 4221
Fax: 03-7874 3312
Email: awam@awam.org.my
Website: www.awam.org.my

Association of Women Lawyers
Email: associationofwomenlawyers@gmail.com
Website: www.awlmalaysia.org

Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
No.13, Lorong 4/48e, 46050 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7784 4977
Fax: 03-7784 4978
Email: info@empowermalaysia.org
Website: empowermalaysia.org

Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
No. 11A, Jalan Restu 1, Taman Restu, 43000 Kajang, Selangor.
Tel: 03-8737 8380
Email: sahabatwanita@gmail.com
Website: persatuansahabatwanita.org

Perak Women for Women (PWW)
15, Market Street, 30000 Ipoh, Perak.
Tel: 05-246 9715
Email: perakwomenforwomen@gmail.com
Website: ngo.pww.org.my

Sarawak Women for Women Society (SWWS)
Lot 1610 Tingkat 2, Jln Rock Kuching, 93712 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-416 053
Email: sarswws@gmail.com

Sabah Women’s Action-Resource Group (SAWO)
Lot 23-3, BLK C Damai Point, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-262 921
Email: sawo.women@yahoo.com
Website: en.sawo.org.my

Sisters in Islam (SIS)
No. 4 Lorong 11/8E 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7960 3357 / 5121 / 6733
Fax: 03-7960 8737
Email: sis@sistersinislam.org.my
Website: sistersinislam.org

Tenaganita
12, Jalan 6/11, 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7770 3671 / 3691
Hotline: 012-335 0512 / 012-339 5350
Email: general@tenaganita.net
Website: tenaganita.net

Women’s Aid Organisation (WAO)
P.O.Box 493, Jalan Sultan 46760 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7957 5636 / 0636 (general enquiries)
Hotline: 03-7956 3488
SMS/WhatsApp TINA: 018-988 8058
Email: info@wao.org.my
Website: wao.org.my

Women’s Centre for Change (WCC)
Tel: 04-228 0342
Email: wcc@wccpenang.org
Website: wccpenang.org

Justice for Sisters
Email: justiceforsisters@gmail.com
Website: justiceforsisters.wordpress.com

Foreign Spouses Support Group (FSSG)
Email: foreignspouses@gmail.com
Website: foreign-spouses.simplesite.com

Baca lebih lanjut