UNTUK MUSLIM

Faraid

Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak.

Apa Itu Faraid?

Faraid dari segi bahasa bermaksud KETETAPAN.

Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain) Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan syarak.

Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:

  1. Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dll);
  2. Barang kemas (emas, perak dll);
  3. Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak);
  4. Tanah, kebun, ladang dll;
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.
Kadar Syarat Bagi Setiap Ahli Waris
 
1.BAHAGIAN DIPEROLEHISUAMI KEPADA SI MATI
 1/2Tidak mempunyai anak ATAU Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki
 1/4Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki
2.BAHAGIAN DIPEROLEHIISTERI KEPADA SI MATI
 1/4Tiada anak ATAU Tiada cucu dari anak lelaki
 1/8Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki
3.BAHAGIAN DIPEROLEHIANAK PEREMPUAN SI MATI
 1/2Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki
 2/32 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki
 ASABAH BI-GHAIRIHMempunyai anak lelaki mendapat separuh dari bahagian anak lelaki
4.BAHAGIAN DIPEROLEHICUCU PEREMPUAN ANAK LELAKI SI MATI
 1/2Mempunyai seorang sahaja DAN tidak ada anak
 2/32 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak
 1/6Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan seorang anak perempuan
 ASABAH BI-GHAIRIHMempunyai cucu lelaki mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki
 TERHALANGAdanya anak lelaki ATAU 2 anak perempuan atau lebih
5.BAHAGIAN DIPEROLEHIBAPA SIMATI
 1/2Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki
 1/6 dan AsabahMempunyai anak perempuan atau cucu perempuan dari anak lelaki
 ASABAHTiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
6.BAHAGIAN DIPEROLEHIIBU KEPADA SIMATI
 1/6Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
 1/3Tidak mempunyai anak atau cucu dari anak lelaki ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
 1/3 dari bakiMempunyai bapa serta suami ATAU isteri
7.BAHAGIAN DIPEROLEHIDATUK KEPADA SIMATI
 Sama seperti BapaHanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa
8.BAHAGIAN DIPEROLEHISAUDARA PEREMPUAN SEIBU SEBAPA KEPADA SIMATI
 1/2Tiada anak ,cucu bapa DAN tiada waris yang menjadikan Asabah
 2/3Dua orang atau lebih dengan syarat tiada anak, cucu, bapa DAN ahliyang menjadikanya Asabah
 ASABAHMempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk
 TERHALANGAdanya bapa, ATAU anak lelaki Atau cucu lelaki dari anak lelaki
9.BAHAGIAN DIPEROLEHISAUDARA PEREMPUAN SEBAPA
 1/2Hanya seorang, tiada anak, cucu, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikanya Asabah
 2/3Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikanya Asabah
 1/6Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa
 ASABAHDisebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk
 TERHALANG
  1. Bapa
  2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung
  3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan
  4. Saudara lelaki kandung
10.BAHAGIAN DIPEROLEHISAUDARA PEREMPUAN SEBAPA
 1/6Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
 1/3Dua orang atau lebih tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
 TERHALANGAdanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki

Rujuk bahan sumber.

Kembali ke laman utama.