Service

Free & Confidential Services

Get confidential services and support for free at WCC. If you are experiencing domestic violence, marital or relationship problems, rape and sexual harassment, let us help you.

Counselling, Shelter & Legal Advice

Get help from any of our two centres: one on Penang island and another at Seberang Jaya. With our counselling, you are more aware and informed so that you can make a better, life-affirming decision for yourself or your children.

All our services are free and confidential. 

Face to Face Counselling

If you are suffering from a marital crisis or any form of violence, call us immediately (04-2280342 – Penang island) or (04-3988340 – Seberang Perai). Get face-to face counselling in Malay, English, Mandarin, Hokkien or Tamil (call for appointment if you need counselling in your own language). If children are involved, we are able to offer emergency shelter and help too.

Telephone and Email Counselling

If you are unable to come to our centres, you can also call us during office hours (Monday to Fridays, 9am to 5pm) or email us for help at: wcc@wccpenang.org

Temporary Shelter

We offer temporary shelter if you or your children are abused. Our shelter is a safe house to help you get away from your abuser while you decide on your next course of action. The duration of stay is decided on a case-by-case basis and your and your children’s stay are free of charge.

Legal Advice

If you want to know what your rights are in family matters like divorce, call us for an appointment and we will arrange for a volunteer lawyer to discuss your legal rights.

Victim Support 

Should the criminal case goes to court, you can also get court support from WCC. A social worker and advocacy officer may accompany you throughout your court proceedings and help you with the follow up with various agencies.

Training Service Providers

We train service providers too so that they are more sensitive towards the needs of rape and domestic violence victims.

If you represent a hospital or government agency, contact us if your team needs to understand how to offer support and help to rape and domestic violence victims.

Training For Government Agencies
We work closely with the police, hospital, welfare departments and it is important that these agencies understand how to work with victims of rape or domestic violence such as dispelling the myths and misconceptions and preventing secondary victimisation.

Training For Doctors, Nurses & Medical Students
We also conduct training and talks to doctors, trainee doctors, medical social workers, nurses, medical students and student nurses so that they understand better how to work with rape or domestic violence victims. This is crucial as we don’t want victims to suffer again when they are medically examined in the hospital or asked intrusive questions. We are invited yearly to give lectures with the trainee doctors and nurses of Penang Medical College and Lam Wah Ee Hospital.

Working With Hospitals

The One Stop Crisis Centre (OSCC) is a special room at Department of Emergency and Trauma for domestic and sexual violence victims.

The OSCC was set up in the Penang General Hospital following the implementation of the Domestic Violence Act in 1996. It includes a police “pondok” where crime reporting can be done quickly.

In April 2008, WCC initiated a Rape Survivors Support where we collaborated with the OSCC of the Penang Hospital. In 2009, WCC began its on-call services at the OSCC where with the victim’s consent, we offer emotional and counselling support. WCC Seberang also began a similar on-call service with the Seberang Jaya Hospital in 2012.

Versi Bahasa Malaysia

Perkhidmatan WCC

Perkhidmatan WCC – Percuma dan Sulit
Anda boleh mendapatkan perkhidmatan dan sokongan sulit secara percuma apabila anda datang mendapatkan bantuan di WCC. Kami menawarkan sokongan dan perkhidmatan kepada mereka yang berdepan dengan keganasan rumah tangga, masalah perkahwinan atau hubungan, rogol dan gangguan seksual. Bantuan in boleh didapati daripada mana-mana pusat kami: satu di Georgetown dan satu lagi di Seberang Jaya. Dengan kaunseling kami, anda mendapat kesedaran dan maklum dalam membuat keputusan yang lebih baik untuk kehidupan diri dan anak-anak anda. Semua perkhidmatan kami adalah percuma dan sulit.

Perkhidmatan WCC meliputi:

Kaunseling Bersemuka
Sekiranya anda mengalami krisis perkahwinan atau apa-apa bentuk keganasan, hubungi kami segera (04-2280342 – Pulau Pinang) atau (04-3988340 – Seberang Perai). Dapatkan kaunseling bersemuka dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Hokkien atau Tamil. Hubungi kami untuk temu janji jika anda memerlukan kaunseling dalam bahasa anda sendiri.

Kaunseling Melalui Telefon dan Emel
Jika anda tidak dapat datang ke pusat kami, anda juga boleh menghubungi kami semasa waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang) atau emel kami untuk bantuan: wcc@wccpenang.org

Tempat Perlindungan Sementara
Kami menawarkan tempat perlindungan sementara jika anda atau anak-anak anda didera. Tempat perlindungan kami adalah sebuah rumah yang selamat untuk membantu anda melepaskan diri dari mereka yang mendera anda sementara anda berfikir untuk membuat keputusan mengenai langkah seterusnya. Tempoh penginapan diputuskan berdasarkan kes dan penginapan anda dan anak-anak anda adalah percuma.

Nasihat Perundangan
Jika anda ingin tahu apa hak anda dalam hal keluarga seperti perceraian, hubungi kami untuk temu janji dan kami akan mengatur peguam sukarela untuk membincangkan hak undang-undang anda.

Perkhidmatan On-Call dengan Hospital Kerajaan
Pusat Krisis Bersepadu (OSCC) adalah bilik khas di Jabatan Kecemasan dan Trauma bagi mangsa keganasan domestik dan seksual yang ditubuhkan di Hospital Pulau Pinang berikutan pelaksanaan Akta Keganasan Rumah Tangga pada tahun 1996. Terdapat juga pondok polis di hospital yang membolehkan laporan jenayah dilakukan dengan cepat.

Pada bulan April 2008, WCC telah memulakan Sokongan Mangsa Rogol dengan kerjasama OSCC Hospital Pulau Pinang. Sejak 2009, WCC memulakan perkhidmatan panggilannya di OSCC dengan persetujuan mangsa, WCC akan menyediakan sokongan emosi dan kaunseling. WCC Seberang juga memulakan perkhidmatan yang sama dengan Hospital Seberang Jaya pada tahun 2012.

Sokongan untuk Mangsa
Sekiranya kes jenayah itu dibawa ke mahkamah, anda juga boleh mendapatkan sokongan mahkamah dari WCC. Seorang pekerja sosial dan pegawai advokasi boleh menemani anda sepanjang prosiding mahkamah dan membantu anda melakukan susulan dengan pelbagai agensi.

PROGRAM LATIHAN WCC
Selain menawarkan perkhidmatan seperti kaunseling dan sokongan, WCC juga bekerjasama dengan hospital. Kami menjalankan latihan kepada kakitangan perubatan supaya mereka lebih sensitif apabila menangani kes-kes seperti rogol dan keganasan rumah tangga.

Latihan untuk Agensi Kerajaan
Kami bekerjasama rapat dengan polis, hospital dan jabatan kebajikan masyarakat dan adalah penting untuk agensi-agensi ini memahami cara menghadapi mangsa rogol atau keganasan rumah tangga seperti mengetepikan mitos dan salah faham dan mencegah pemangsaan sekunder (secondary victimisation). Jika anda bekerja di agensi kerajaan atau organisasi bukan berteraskan keuntungan, WCC boleh bekerjasama dengan agensi anda dalam program latihan. Kami akan membantu anda membangunkan program sensitif gender untuk menyokong mangsa keganasan.

Latihan untuk Doktor, Jururawat & Pelajar Perubatan
Kami juga menjalankan latihan dan ceramah kepada doktor, doktor pelatih, pekerja sosial perubatan, jururawat, pelajar perubatan dan pelajar kejururawatan supaya mereka lebih memahami cara bekerja dengan mangsa rogol atau keganasan rumah tangga.

Ini adalah penting kerana kita tidak mahu mangsa menderita lagi apabila mereka diperiksa secara perubatan di hospital atau bertanya soalan yang mengganggu. Kami dijemput setiap tahun untuk memberi kuliah dengan doktor pelatih dan jururawat Kolej Perubatan Pulau Pinang dan Hospital Lam Wah Ee.

Jika anda mewakili hospital atau pasukan kakitangan perubatan, hubungi kami jika anda memerlukan pasukan anda untuk dilatih atau diberi lebih banyak kesedaran.

Baca lebih lanjut